10 Program Membuka Fail Di Windows

Anda mungkin pernah terjumpa sebuah atau beberapa fail yang tidak dapat di buka pada Windows anda. Tidak dinafikan sesetengah jenis fail memang tidak boleh dibuka tanpa mempunyai perisian sokongan yang dipasang pada windows anda.

Untuk menyelesaikan masalah ini, Download Squad telah menyenaraikan 10 perisian percuma yang boleh menyelesaikan masalah fail yang tidak dapat dibuka pada windows anda. Oleh itu, masalah “Windows cannot open this file” akan dapat diatasi.

Lihatlah senarai perisian berikut :

  1. VLC – format audio dan video yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis format fail, dan VLC dapat memutar format audio/video seperti DivX, XviD, AVI, Mpeg 1-4, AC3, AAC, FLAC, WAV, FLV, OGG, VOB dan banyak lagi. Terdapat juga versi portabel VLC yang dapat beroperasi dari flash disk tanpa dipasang pada komputer anda.
  2. KMPlayer juga sebuah perisian audio dan video yang serupa VLC. Apabila Anda hanya mencari sebuah code pack untuk video player yang anda miliki, cubalah K-Lite Mega Codec Pack atau CCCP.
  3. Real Alternative atau QuickTime Alternative – Sebelum YouTube, Real Player dan QuickTime adalah raja multimedia di internet.
  4. IrfanView untuk membuka gambar dalam segala jenis format.
  5. OpenOffice – Untuk membaca segala jenis dokumen Office. Boleh digunakan seperti anda menggunakan Microsoft Office.
  6. Foxit PDF Reader – Untuk membuka fail berformat PDF. Apabila Anda memerlukan sebuah PDF viewer yang mempunyai banyak fungsi, cubalah juga PDF X-Change yang memiliki fungsi-fungsi tambahan seperti Annotation, Drawing, Save-able Form Fill.
  7. 7-Zip – membuka segala jenis data bercompress (termampat) seperti RAR, CAB, ISO, ARJ, LZH, CHM, MSI, WIM, Z, CPIO, RPM, DEB dan NSIS. Anda juga boleh mencuba IZARC yang memiliki fungsi compress yang lengkap.
  8. Daemon Tools – membuka file CD Image berbentuk B5T, B6T, BWT, CCD, CDI, CUE, ISO, MDS, NRG, PDI dan ISZ.
  9. Java – membuka program-program yang ditulis dalam bahasa Java, biasanya dengan format JAR.
  10. Shockwave dan Flash Player – Membuka dan membaca fail dalam bentuk game Flash.

Selepas ini, masalah yang pernah anda hadapi untuk membuka sesebuah fail akan dapat di atasi.

Leave a Reply